Monday, May 3, 2021

pembinaan peradaban majmuk di malaysia

pembinaan peradaban majmuk Di Malaysia  

kumpulan 8

Massyaza Auni Binti Mohd Awal (14DPM20F2012)

Nur Faizzin Binti Mohd Allaladin (14DPM20F2065)

Farrah Fazrina Binti Saharuddin (14DPM20F2067)

Muhammad Iqtihar Afiq Bin Zulfacar (14DPM20F2089)

pengenalan 

pembinaan peradaban majmuk Di Malaysia adalah hasil gabungan daripada beberapa peradaban besar dunia yang terjalin melalui perjalanan sejarah di Alam Melayu. Selama ribuan tahun peradaban ini didahulukan oleh peradaban Pribumi Alam Melayu, kemudiannya muncul peradaban Asia yang terdiri daripada India, Cina serta Timur Tengah dan seterusnya peradaban dari Barat. Peradaban ini akhirnya terus berkembang dengan pengaruh oleh 'peradaban globalisasi' yang merupakan kacukan pelbagai punca peradaban tanpa sempadan melalui jaringan digital yang kompleks.

pembinaan peradaban yang beridentitikan Malaysia bermula dengan kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu pada tahun 1957 melalui usaha mewujudkan Negara-Bangsa, didahului oleh pembinaan Negara bercirikan satu wilayah, satu perlembagaan dan satu kewarganegaraan. Negara mewujudkan beberapa intitusi utama seperti sistem biokrasi negara pelan Pembanggunan Lima Tahun dan sebagainya. Pembanggunan ekonomi melalui pembinaan Bangsa. Oleh itu, pembinaan bangsa menyusul, antaranya melalui institusi sistem politik kepartian dan pilihan raya. Dalam konteks ini telah wujud beberapa "bangsa Idaman" yang menguasai wacana politik di Malaysia. Usaha membina peradaban beridentitikan Malaysia sangat mencabar dan perluk dikupas dan didebatkan.


5.1- sejarah sosial pengaruh peradaban dunia dalam pembinaan negara bangsa 


Sejarah Di Alam Melayu 

peradaban Pribumi Alam Melayu 

-tamadun yang dibina dan dimiliki oleh masyarakat yang berbudaya Melayu.

-Sosialbudaya mereka terdiri daripada pelbagai kumpulan etnik manakala dari segi politik pada masa lampau mereka terdiri daripada pelbagai kerajaan kuno.

-Peradaban Melayu dikatakan berasal daripada penduduk Asia Tenggara, khasnya Gugusan Kepulauan Melayu (yang mencakupi Selatan Siam, Semenanjung Tanah Melayu, Pulau Sumatera,Jawa, Madura, Sunda, Borneo, Sulawesi, Filipina, Pulau-pulau timur Indonesia dan juga bahagian-bahagian kecik daripada Kampuchea ke Vietnam). 

-Mereka bertutur dalam keluarga bahasa melayu-indonesia.

-ciri seterusnya ialah mereka beragama islam.

-Bahasa Melayu menjadi bahasa lingua franca antara orang-orang rumpun Melayu Asia Tenggara berkenaan.

-Kesannya pertembungan dan kemasukan pengaruh asing, masyarakat dan budaya Melayu telah mengalami perubahan khusunya terhadap pengembangan bahasa melayu.

-Imperialisme budaya ini turut berlaku di Alam Melayu yang terkenal sebagai kawasan strategik antara Timur dan Barat, pusat perdagangan entrepot dan aktiviti keagamaan.

-Interaksi yang berlaku ini adalah sesuatu yang positif apabila hasil daripada pertembungan ini memperlihatkan kecenderungan dalam memperkayakan bahasa dan kebudayaan.




Peradaban Asia (India, Cina, Timur Tengah)

-Kedatangan masyarakat India, Cina dan pedagang Arab dari Timur Tengah telah membawa pelbagai adat dan budaya dan pegangan agama.

-Ini merupkan satu keistimewaan yang ada pada negara ini namun perlu diuruskan dengan baik agar keharmonian bangsa dapat dikukuhkan setiap masa.

-Kedatangan orang India dan Cina ke Malaysia adalah hasil usaha pihak penjajahan yang membawa masuk pekerja asing bagi memenuhi keperluan ekonomi.

-Peradaban mereka merupakan waris peradaban asal mereka di negara asal.

-Apabila tiba di Malaysia, mereka bertembung dengan peradaban tempatan termasuk peradaban barat dan melayu.

-Peradaban Asia seperti peradaban India, dan Cina yang ada di Mlaysia masih tidak banyak berubah secara keseluruhannya menurut acuan temparan.

-Dalam aspek keagamaan juga demikian walaupun terdapat dikalangan bangsa India dan Cina yang memeluk agama islam, namun bahasa dan kebudayaan masih diamalkan dalam sebahagian kehidupan mereka.


                                                    -kedatangan india dan cina-


Peradaban Barat

-Peradaban Barat hasil penjajahan kolonial Barat yang dilalui oleh negara ini.

-Ia tidaklah ketara berlaku memandangkan tempoh kependudukan British dalam negara khususnya dalam rangka sejarah kebudayaan di Nusantara ini tidak lama.

-Pengaruh corak masyarakat kolonial itu meninggalkan satu kesan yang meluas walaupun mungkin tidak mendalam.

-Kedatangan orang Eropah ke Alam Melayu ini telah bermula selepas pertumbuhan peradaban Islam di rantau ini.

-Beberapa kawasan penempatan awal British dapat dilihat melalui peninggalan bangunan bersejarah seperti di PUlau-Pinang, melaka dan Singapura.

-Peradaban Barat  mulai pengaruh kepada penduduk tempatan selepas mencapai kedudukan yang mempunyai prestij di Alam Melayu ini.

-Tanah Melayu khususnya, pengaruh peradaban Barat lebih kepada pengaruh bidang material, dan kesannya luaran sahaja.

-Ia banyak mempengaruhi kebudayaan dan intitusi-intitusi sosial sahaja.

-Ajaran Islam tetap menjadi pegangan masyarakat tempatan.

-pengaruh peradaban Barat di Tanah Melayu dapat dilihat melalui sistem pendidikan, kewujudan masyarakat majmuk.


                        -kedatanagan british ke tanah melayu-



                                            -kedatangan eropah ke tanah melayu-


Peradaban Globalisasi

-Globalisasi menurut kamus Dewan ialah fenomena yang menjadikan dunia kelihatan kecik dari segi perhubungan manusia disebabkan pantasnya perkembangan teknologi maklumat.

-Ia juga merupakan era dunia tanpa sempadan.

-Globalisasi berlaku melalui permodenan dalam pelbagai bidang kehidupan, perkembangan teknologi maklumat dan informasi.

-Seperti komputer dan telefon pintar yang mempunyai talian internet serta penggunaan media sosial yang berleluasa seperti facebook, whatsapp, dan lain-lain.

-Pengaruh yang besar dalam pelbagai aspek kehidupan merentasi bidang politik, ekonomi, sosio-budaya.

-Termasuk perkembangan bidang ilmu dan pemikiran perkembangan peradaban global ini turut menjadi oenyumbang kepada pembetukan peradaban majmuk di Malaysia.

                                     -globalisasi-

kebaikan globalisasi

*Peranan pelaburan asing dalam mewujudkan pekerjaan dan mengurangkan kemiskinan di sebilangan negara.

*Peningkatan mobiliti sosial dan pengukuhan kelas menengah.

*Peluang yang lebih luas untuk mendapatkan maklumat dan menyebarkan ilmu pengetahuan impak pengetahuan impak daripada teknologi baru komunikasi dan maklumat.

*Komunikasi yang lebih mudah dan juga murah.

*Peluang lebih luas untuk manzahirkan simpati dan rase keperimanusiaan mereka terhadap mangsa-mangsa pelbagai jenis bencana alam dan tragedi buatan manusia di seluruh dunia.

*Penonjolan idea-idea dan amalan pemerintahan yang baik seperti pertanggungjawabkan awam, peraturan undang-undang dan hak-hak asasi manusia.

*Penonjolan hak-hak asasi kaum wanita.

                                           







Keburukan Globalisasi

#Kualiti alam sekitar yang semakin merosot akibat terlalu mementingkan faktor keuntungan.

#Pembangunan yang tidak seimbang dan jurang perbezaan ekonomi yang semakin melebar antara kawasan-kawasan di sesebuah negara dan antara sektor-sektor ekonomi.

#Pengabaian keperluan asas hidup di kalangan rakyat termiskin di banyak  negara.

#Pembanjiran maklumat yang tidak berguna.

#Pengantarabangsaan jenayah yang menyukarkan jenayah dibendung.

                                               










Peradaban berindentitikan Malaysia

-Kemerdekaan Malaysia tinggal 31 ogos 1957.

-Merupakan asas kepada kemunculan peradaban bangsa-negara.

-Usia kemerdekaan yang telah melebihi 60 tahun merupakan satu jangka masa yang panjang.

-Sebalik tempoh tersebut, negara didakwa masih gagal dalam menjayakan proses pembetukan negara bangsa.

-Jika usaha ini gagal, anak cucu kita tidak dapar mengecapi lagi kehidupan aman damai dan tidak mustahil akan menjadi pelarian di negara orang.

-Pihak berwajib perlu memainkan peranan agar ruang-ruang memecahkan keamanan negara bangsa dapat dikawal dan akhirnya tidak akan merebak hingga berlaku rusuhan.

-Pembinaan identiti negara bangsa sudah bnyak di perkatakan dan telah dirungkai  oleh para pengkaji kerana ia merupakan sudut sisi yang penting dalam memahami negara bangsa.

-Kajian ini adalah ingin mengkaji pembetukan identiti yang kukuh dan unggul pada masa depan.

-Peradaban yang mempunyai identiti kukuh sebagai seorang masyarakat Malaysia yang bertunjangkan budaya, imej, bahasa dan agama sebagai landasan utama dalam menjalani kehidupan mereka.


Konsep Negara Dan Bangsa 

#Perhatian terutama setelah Perdana Menteri Ke-4, Tun Mahathir Muhammad mengemukakannya pada tahun 1991.

#Menurut Kamus Dewan ialah frasa negara merujuk kepada suatu kumpulan masyarakat yang mendalami sesuatu kawasan, mempunyai kedaulatan politik dan juga jentera pemerintahan.

#Konsep negara bangsa dilihat sebagai satu bangsa yang diimpikan oleh sesebuah negara melalui konsep satu bangsa dengan satu identiti tersendiri.

#Ia juga menjurus kepada sebuah negara yang mempunyai tanah air , rakyat, kemerdekaan, kedaulatan, sempadan perlembagaan dan perundangan yang luhur dengan rakyatnya hidup bersatu padu.

#Elemen yang saling lengkap melengkapi ini akan mengesahkan lagi sistem kuasa dan autoriti sesebuah negara.

                                            -konsep negara dan bangsa-

Konsep Negara

-Negara merujuk pada sesebuah masyarakat yang mendiami kawasan tertentu dan adanya kerajaan yang memerintah.

-Sebuah kerajaan yang merdeka dan mempunyai kedaulatan politik serta pentadbiran yang diiktiraf oleh negra-negara lain.

-Rakyat pula memiliki taraf kewarganegaraan yang sah menurut undang-undang.

-Rakyat merupakan elemen terpenting bagi negara kerana rakyatlah yang mengatur urus tadbir negara.

-Rakyat juga yang akan membentuk satu bangsa kepada sesebuah negara.

-Ciri-ciri utama pembetukan sesebuah negara adalah adanya penduduk, sempadan, kerajaan dan kadaulatan.

-Memiliki sistem politik yang ditegakkan oleh sekumpulan manusia serta membentuk saru kerajaan yang sah dan diiktiraf oleh pihak luar





Konsep Bangsa

-Merujuk kepada tempat asal lahirnya seseorang individu dan seterusnya membentuk satu kumpulan besar manusia.

-Biasanya digunakan untuk menjejaskan tentang sesebuah kumpulan etnik, bahasa dan kebudayaan komuniti sesebuah masyarakat.

-Kumpulan manusia yang membentuk sesebuah bangsa biasanya mempunyai hubungan darah dan keturunan.

-Faktor-faktor tersebut, elemen perasaan kebersamaan turut menjadi sentimen dalam membentuk sesebuah bangsa.

-Bangsa adalah hubungan erat yang wujud melalui perasaan kekitaan terhadap sekumpulan besar manusia yang ada dalam sesebuah negara.

                                       -konsep bangsa-

ciri-ciri negara bangsa

>Kehidupan masyarakat dalam negara tersebut adalah bersatu-padu tanpa berlakunya pemisahan ataupun diskriminasi antara satu kaum dengan kaum yang lain.

>Berpegang kepada satu semangat kenegaraan yang utuh melalui simbol-simbol keutuhan seperti bendera Malaysia, lagu kebangsaan, rukun negara dan sebagainya.

>Semua bangsa dan kaum berkongsi pegangan kepada sesuatu ideologi politik.

>Setiap warganegara mempunyai kepercayaan dan keyakinan penuh terhadap sistem pemerintahan dan undang-undang negara.


Usaha Ke Arah Pembetukan Negara Bangsa 

^Melaksanakan sistem pendidikan kebangsaan yang menggunakan satu kurikulum kebangsaan untuk semua jenis sekolah dan satu penilaian pemeriksaan yang seragam.

^Menjadikan agenda memperkasakan Sekolah Kebangsaan menjadi salah satu teras dasar negara bagi merealisasikan matlamat dalam memupuk perpaduan kaum dan pusat kecermelangan pendidikan.

^Menerapkan nilai jati diri, budi bahasa dan seni budaya dalam tajuk-tajuk mata pelajaran yang bersesuaian.

^Memperkenalkan mata pelajaran berkaitan negara bangsa di peringkat rendah dan menengah bertujuan memberi kesedaran dan keharmonian antara kaum.

^Melaksanakan beberapa aktiviti bagi menerapkan semangat patriotisme secara berterusan seperti perhimpunan bulanan, sambutan bulan kemerdekaan serta kibar Jalur Gemilang dan lain-lain.

^Memupuk dan meningkatkan semangat perpaduan dan patriotik serta banga sebagai rakyat malaysia .










sekian terima kasih

No comments:

Post a Comment

pembinaan peradaban majmuk di malaysia

pembinaan peradaban majmuk Di Malaysia     kumpulan 8 Massyaza Auni Binti Mohd Awal (14DPM20F2012) Nur Faizzin Binti Mohd Allaladin (14DPM20...